TH Plantations raih untung bersih RM13.04 juta - Utusan Malaysia

TH Plantations raih untung bersih RM13.04 juta

TH Plantation Berhad mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keuntungan bersih TH Plantations Berhad (THP) meningkat 13.6 peratus kepada RM13.04 juta bagi suku pertama tahun kewangan 2024, daripada RM11.47 juta pada tempoh sama tahun sebelumnya.

Ketua Pegawai Eksekutif THP, Mohamed Zainurin Mohamed Zain berkata, pendapatan untuk suku pertama meningkat 7.5 peratus kepada RM157.3 juta, berbanding RM146.4 juta pada tempoh yang sama 2023.

Menurutnya, kenaikan pendapatan THP yang dicatatkan pada suku itu disebabkan
oleh peningkatan volum jualan produk sawit.

“Keuntungan yang lebih baik dalam suku pertama turut disumbangkan oleh pengeluaran buah tandan segar (BTS) dan minyak sawit mentah (MSM) yang lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lepas.

“Pengeluaran BTS dan MSM syarikat masing-masing meningkat sebanyak 14.8 peratus dan 8.1 peratus,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kumpulan turut mencatatkan untung sebelum cukai lebih tinggi iaitu 10.8 peratus, disumbangkan terutamanya oleh pengurangan bagi perbelanjaan lain.

“Justeru, peningkatan pengeluaran dalam suku pertama 2024 membantu meningkatkan pendapatan walaupun harga produk sawit lebih rendah.

“Berdasarkan keputusan yang memberangsangkan itu, THP terus memperkukuh inisiatif Al-Falah dalam memperbaiki kecekapan operasi dan memupuk pertumbuhan yang mampan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi THP, Datuk Dr Ahmad Kushairi Din berkata, walaupun terdapat ketidakpastian pasaran global semasa, kumpulan menjangkakan harga minyak sawit akan kekal menguntungkan pada suku kedua 2024.

Dalam pada itu, beliau berkata,THP akan membangunkan loji biogas di kilang sawit kumpulan itu di Kluang, Johor.

Katanya, perancangan tersebut adalah sebagai sebahagian daripada komitmen alam sekitar, sosial dan tadbir urus(ESG) kami terhadap pengurangan pelepasan gas rumah hijau (GHG). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya