Samchem catat untung bersih 7.1 juta pada suku pertama - Utusan Malaysia

Samchem catat untung bersih 7.1 juta pada suku pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Samchem Holdings Berhad (Samchem) mencatatkan untung bersih sebanyak RM7.1 juta pada suku pertama yang berakhir 31 Mac 2024 dengan pertumbuhan sebanyak lapan peratus berbanding suku sama tahun lalu.

Berdasarkan keputusan ini, Samchem juga mengisytiharkan dividen interim pertama sebanyak 0.5 sen setiap saham biasa, yang diterjemahkan kepada nisbah pembayaran sebanyak 45 peratus untuk suku tersebut.

Bagi suku sama, hasil Samchem meningkat sebanyak 17 peratus kepada RM298.2 juta, berbanding RM255.4 juta setahun sebelumnya dengan purata harga jualan (ASP) kekal lemah dan hasil yang tinggi disebabkan oleh pertumbuhan volum yang dipacu oleh sektor pembinaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Samchem, Ng Thin Poh berkata, bagi suku pertama pada tahun ini, kami melihat peningkatan dalam aktiviti pembinaan dan infrastruktur di Malaysia manakala momentum aktiviti perindustrian di Vietnam juga semakin menarik.

“Walau bagaimanapun, sektor lain mempamerkan pertumbuhan yang agak terhad merentas pasaran utama syarikat kerana pasaran melihatkan pemulihan yang lebih perlahan daripada jangkaan dan masalah inflasi yang mengakibatkan pelanggan menghadapi peningkatan kos dan mula untuk membuat strategi belian yang lebih berhati-hati.

“Oleh itu, kami telah mengembangkan portfolio produk dan meningkatkan perkhidmatan nilai tambah untuk memastikan dapat memberi sokongan kepada keperluan mereka.

“Dalam usaha untuk meningkatkan daya saing, kami akan melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk mengukuhkan infrastruktur pengedaran dan menembusi ke dalam segmen pasaran baharu untuk memenuhi spektrum industri yang lebih luas.

“Ini merupakan masa yang tepat untuk meningkatkan kapasiti kerana kami komited untuk meningkatkan kecekapan operasi melalui usaha pendigitalan untuk menyelaraskan proses dalam meningkatkan keupayaan rantaian kami,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Thin Poh, walaupun syarikat masih kekal berhati-hati akan potensi kesan faktor luaran tahun ini tetapi galakan permintaan semakin meningkat secara beransur-ansur.

“Trend yang menggalakkan ini menyemarakkan pandangan optimis kami yang berhati-hati untuk persekitaran operasi yang lebih kondusif menjelang separuh kedua tahun ini”, ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya