Saham Farm Price catat premium 100% di Pasaran ACE - Utusan Malaysia

Saham Farm Price catat premium 100% di Pasaran ACE

DR. Lawrence Tiong Lee Chiang (empat dari kiri) dan Pengarah Eksekutif Farm Price, Shirley Liew Tsuey Er (tiga dari kiri) ketika perasmian Majlis Pelancaran Farm Price di Pasaran ACE Bursa Malaysia, di sini, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemborong dan pengedar sayur-sayuran segar, Farm Price Holdings Berhad (Farm Price) membuat penampilan sulung di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities) dengan cemerlang apabila mencatatkan premium 100 peratus pada 48 sen, berbanding tawaran awam permulaan (IPO) 24 sen sesaham.

Pengarah Urusan Farm Price, Dr. Tiong Lee Chian berkata, Farm Price sebelum ini berjaya memperoleh sejumlah RM39.6 juta melalui IPO membabitkan terbitan 450 juta saham biasa pada harga 24 sen sesaham.

Katanya, hasil daripada IPO itu akan diagihkan sebanyak RM6.40 juta (26.14 peratus) untuk pembinaan fasiliti operasi tambahan di kawasan binaan pusat pengedaran berpusatnya di Senai, Johor.

“Selain itu, RM2.0 juta (8.17 peratus) diperuntukkan untuk pembelian mesin, peralatan dan armada logistik,” katanya selepas Majlis Pelancaran Farm Price di Pasaran ACE Bursa Malaysia, di sini, hari ini.

Jelasnya, sebanyak RM1.6 juta (6.54 peratus) telah diperuntukkan untuk pusat pengedaran dan perolehan wilayah yang dirancang.

“Sementara itu, RM10.58 juta (43.22 peratus) pula untuk modal kerja dengan baki RM3.90 juta (15.93 peratus) untuk menampung kos penyenaraian,” ujarnya.

Menurut Lee Chian, syarikat merancang untuk mengembangkan Pusat Pengedaran Berpusat di Senai, Johor dengan keluasan tambahan kira-kira 84,790 kaki persegi, meningkatkan kapasiti bilik sejuk dari 29,669 palet kepada sekitar 40,000 palet setahun setelah selesai.

“Farm Price menyedari potensi pertumbuhan yang signifikan dalam industri sayuran segar, di mana bahagian pasaran kami masih kurang daripada 1.0 peratus di Malaysia dan Singapura.

“Untuk memanfaatkan permintaan yang semakin meningkat, kami komited memastikan perkhidmatan lancar sepanjang pengembangan Pusat Pengedaran Berpusat di Senai kami,” katanya.

Beliau berkata, Farm Price juga berhasrat memberi tumpuan kepada pembangunan pasaran di Singapura dengan mewujudkan pangkalan untuk pemasaran dan jualan.

“Jumlah hasil syarikat sebelum ini kira-kira 25 peratus dan kini untuk suku pertama pertama adalah kira-kira 28 peratus, di mana kami menjangkakan lebih banyak jualan di Singapura kerana kami menerima banyak permintaan sebenarnya datang balik dari Singapura,” katanya.

Tambahnya, syarikat akan memberi tumpuan mewujudkan lebih ramai kakitangan pemasaran dan jualan untuk mengembangkan perniagaan di Singapura dan mengharapkan margin menjadi lebih baik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya