RUU CCUS buka peluang bersaing di peringkat antarabangsa - Utusan Malaysia

RUU CCUS buka peluang bersaing di peringkat antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) membolehkan negara bersaing merebut tender berkaitan di peringkat antarabangsa.

Justeru, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kelulusan RUU tersebut akan dibawa ke Kabinet minggu depan dan dijangka diluluskan pada November 2024 bagi membolehkan fasiliti CCUS dapat beroperasi dengan segera pada 2028.

Menurutnya, ia perlu diluluskan segera bagi membolehkan negara memanfaatkan kepakaran dan kemahiran pekerja dalam industri minyak dan gas.

“Industri minyak dan gas adalah merupakankan industri terbesar, dan dalam keadaan negara kita berhadapan dengan situasi pengeluaran kekurangan minyak setiap tahun, maka kita perlu mencari jalan untuk menambah kaedah baharu.

“Justeru, dengan adanya undang-undang itu, ia akan mewujudkan suatu industri baru berteknologi dan bernilai tinggi yang boleh melangsungkan industri minyak dan gas dan juga membolehkan negara kita dimasuki lebih banyak pelabur-pelabur yang dapat menyokong industri minyak dan gas,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas forum Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat-syarikat perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE)100 di sini semalam.

Beliau berkata, Malaysia sebelum ini tidak mempunyai undang-undang khusus yang mengawal selia dalam pemerangkapan dan simpanan karbon.

Justeru, katanya, CCUS penting bukan sahaja kepada industri minyak dan gas tetapi juga kepada pembandaran yang bergantung kepada industri itu.

“Undang-undang ini juga dapat merangka piawaian yang tepat bagi melindungi keselamatan orang ramai dan kemampanan alam sekitar.

“Sekarang, kita tidak ada badan yang mengawal selia, termasuk penetapan piawaian yang tepat, maka dengan adanya undang-undang yang dikhaskan bagi perkara ini, dapat memberi kelulusan dan piawaian yang tepat untuk mengawal selia,” katanya.

Ujar Rafizi, nilai industri CCUS pada masa akan datang boleh mencecah RM100 bilion. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya