PR1MA rangkul 6 anugerah StarProperty 2024 - Utusan Malaysia

PR1MA rangkul 6 anugerah StarProperty 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), agensi perumahan mampu milik utama di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berjaya meraih enam anugerah di StarProperty Awards 2024.

Anugerah itu diberikan kepada projek-projek perumahan PR1MA yang berjaya mencapai standard dan kualiti yang cemerlang dalam industri perumahan negara.

Residensi Brickfields turut memperoleh skor Sistem Penilaian Kualiti untuk Kerja-kerja Pembinaan Bangunan  (QLASSIC) sebanyak 82 peratus, iaitu yang tertinggi pernah dicapai oleh PR1MA setakat ini. 

QLASSIC adalah sistem penilaian kualiti yang dibangunkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan diiktiraf di peringkat nasional. 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PR1MA, Datuk Seri Mohd. Nazri Md. Shariff berkata, pencapaian itu adalah pengiktirafan bermakna kepada sumbangan pihaknya dalam memajukan industri perumahan mampu milik di Malaysia.

“Kejayaan ini akan mendorong kami untuk terus melangkah ke hadapan dan meningkatkan piawaian kecemerlangan dalam industri perumahan negara,” katanya dalam kenyataan.

Tahun lalu, PR1MA turut memenangi enam anugerah bagi projek-projek kediamannya yang lain menerusi StarProperty Awards 2023, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 12 anugerah yang telah diterima daripada penganjur tersebut setakat ini.

Projek-projek yang memenangi anugerah ialah:

  • Residensi Selatan Kinarut untuk Anugerah Rumah Bantuan Kerajaan-Inisiatif Pemilikan Rumah Kebangsaan – Borneo (Kontraktor: Visaland Sdn. Bhd.)
  • Residensi Bandar Bukit Mahkota untuk Anugerah Rumah Bantuan Kerajaan – Inisiatif Pemilikan Rumah Kebangsaan – Pusat (Kontraktor: Citra Hartamas Sdn. Bhd.)
  • Residensi Seremban Sentral untuk Anugerah Rumah Bantuan Kerajaan- Inisiatif Pemilikan Rumah Kebangsaan – Selatan (Kontraktor: Brunsfield Engineering Sdn. Bhd.)
  • Residensi Kajang Utama untuk Anugerah Rumah Bantuan Kerajaan – Inisiatif Pemilikan Rumah Kebangsaan – Selatan (Kontraktor: MRCB Utama Sdn. Bhd.)
  • Residensi Brickfields untuk Anugerah Rumah Permulaan – Rumah Utama Terbaik Pembangunan (Tinggi) Kuala Lumpur (Kontraktor: Beaks Construction Sdn Bhd)
  • Residensi D’Marina @ Pinggiran Putra 2 untuk Anugerah Rumah Permulaan – Rumah Utama Terbaik Pembangunan (Bertanah) luar Kuala Lumpur (Kontraktor: Sinergi Dayang Sdn. Bhd.) – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN