KUALA LUMPUR: Industri aeroangkasa Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan sebanyak RM23.2 bilion pada tahun lalu, dengan eksport bernilai RM6 bilion dan pendapatan sebanyak RM18.1 bilion. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, eksport teratas dalam bidang aeroangkasa adalah termasuk bahagian pesawat, helikopter dan kapal terbang. “Lima destinasi eksport utama kita adalah Amerika Syarikat (AS), China, Indonesia, Singapura, dan United Kingdom,” katanya semasa Pelancaran Peringkat Awal Visualisasi 3D dan Teknologi Realiti Luasan (AR), di sini, semalam. Katanya, pemain industri aeroangkasa telah membantu mengukuhkan Malaysia sebagai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya