PETALING JAYA: Indeks Pelopor (IP) terus meningkat 2.3 peratus pada Mac 2024, mencerminkan pertumbuhan ekonomi yang optimis dalam masa terdekat, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). IP memberi petunjuk awal tentang titik perubahan yang ketara dalam kitaran perniagaan dan arah tuju ekonomi bagi tempoh terdekat. Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, IP kekal dalam pertumbuhan positif selama empat bulan berturut-turut, mencatatkan kenaikan 2.3 peratus kepada 112.2 mata pada Mac 2024 berbanding 109.7 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya. “Peningkatan ini didorong oleh prestasi Indeks Perusahaan Bursa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya