PETALING JAYA: Indeks Harga Pengeluar Malaysia (IHPR) yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar terus meningkat sebanyak 1.9 peratus pada April 2024 berbanding peningkatan 1.6 peratus pada Mac 2024, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, sama seperti bulan sebelumnya, semua sektor mencatatkan peningkatan pada April 2024. Katanya, sektor perlombongan terus meningkat 10.0 peratus (Mac 2024: 8.3 peratus), disumbangkan oleh peningkatan dalam indeks pengekstrakan petroleum mentah (12.3 peratus) dan pengekstrakan gas asli (3.5 peratus). “Sektor pertanian, perhutanan dan perikanan juga meningkat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya