Geely beri bayangan teknologi masa depan Proton - Utusan Malaysia

Geely beri bayangan teknologi masa depan Proton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rakan kongsi teknologi Proton, Zhejiang Geely Holding Group (Geely) mempamerkan pelbagai jenis teknologi inovatif pada Pameran Automobil Beijing 2024, sekali gus memberi bayangan model dan teknologi yang sesuai untuk keluaran masa depan syarikat automotif nasional itu.

Antaranya, konsep kenderaan utiliti sukan (SUV) perdana berteknologi tinggi, Galaxy Starship, yang menunjukkan komitmen Geely untuk memajukan teknologi automotif.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li Chunrong berkata, walaupun tiada model kerjasama antara Geely dan Proton yang dipamerkan, namun ia adalah satu peluang penting untuk mempamerkan model dan teknologi yang mungkin sesuai pada masa hadapan.

“Rakyat Malaysia dijangka boleh merasai lebih banyak platform global Geely dan seni bina tenaga baharu yang pintar diletakkan di dalam model Proton di masa akan datang selaras dengan era baharu kecerdasan buatan yang komprehensif dalam industri automotif megara.

“Dengan langkah global ke arah kenderaan tenaga baharu, Geely juga mempamerkan perkembangan terobosan dalam rangkaian kuasa elektrik dan hibrid, serta pengenalan seni bina termaju seperti Seni Bina Pengalaman Lestari (SEA) dan Seni Bina Modular Kompak (CMA) untuk model masa hadapan,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, Galaxy Starship yang berasaskan seni bina elektrik Geely menyatukan teknologi rangkaian kuasa serta memperkaya pengalaman pengguna dengan kecerdasan buatan yang disokong oleh FlymeAuto daripada Meizu.

“Pintu bersayap camar yang besar juga terbuka pada bahagian dalam dengan tempat duduk berbilang fungsi mempamerkan reka bentuk masa depan yang berpotensi untuk dalaman kenderaan.

“Selain mendapatkan pendapat umum dan mempamerkan arah reka bentuk teknologi dalam pameran ini, ia boleh dimasukkan ke dalam strategi produk Proton untuk menggabungkan ciri-ciri canggih dan meningkatkan prestasi merentas model masa depannya,” katanya.

Dengan ketibaan model smart #3 di Malaysia tahun ini, rangkaian tawaran daripada syarikat itu yang merupakan kerjasama antara Geely dan Kumpulan Daimler dijangka meningkat dalam masa terdekat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya