Gamuda Land kembangkan projek pembangunan di Vietnam - Utusan Malaysia

Gamuda Land kembangkan projek pembangunan di Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gamuda Land berusaha untuk terus mengembangkan operasi mereka di Vietnam bagi mencatatkan pencapaian kekal positif dalam strategi pertumbuhan untuk syarikat itu.

Ketua Eksekutif Pegawai Gamuda Land, Chu Wai Lune berkata, usaha pengembangan syarikat di Vietnam membuahkan hasil, dengan kejayaan pengenalan tiga strategi projek pemulihan pantas (QTP).

Menurutnya, penumpuan Gamuda Land pada strategi QTP, bertujuan melengkapkan model pembangunan perbandaran melalui penggunaan modal dalam projek terpelbagai dengan jangka masa keluar tiga hingga lima tahun.

“Ini mempercepatkan separuh jangka masa pulangan pelaburan berbanding dengan strategi perbandaran, yang memerlukan pelaburan yang lebih panjang iaitu 10 hingga 20 tahun.

“Langkah strategik ini menekankan komitmen kami untuk memanfaatkan pasaran hartanah Vietnam yang sedang berkembang dan memanfaatkan potensi pertumbuhan,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, katanya, Vietnam kekal sebagai pasaran utama untuk Gamuda Land, memandangkan kadar pertumbuhan ekonomi purata negara itu kukuh enam peratus setahun dalam dua dekad lalu.

Jelasnya, pengenalan strategi QTP berjaya memperoleh pujian yang meluas dan keyakinan daripada pelabur.

“Ini dapat dibuktikan dengan dua menara pertama pembangunan bercampur, Eaton Park yang terletak di Daerah 2 Bandar Ho Chi Minh, digunakan sepenuhnya semasa pratonton pada hujung minggu.

“Nilai pembangunan kasar (GDV) bagi Eaton Park adalah AS$1.1 bilion,” katanya.

Selain itu, Wai Lune berkata, projek lain iaitu Artisan Park yang dibangunkan di wilayah Binh Duong mencatatkan jualan sebanyak 80 peratus sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan syarikat dalam pasaran Vietnam.

“Didorong oleh pencapaian ini, kami sangat teruja untuk mengumumkan pelancaran kami yang akan datang di Ho Chi Minh City, QTP keempat Gamuda Land iaitu The Meadows dengan GDV GDV untuk pembangunan tersebut AS$82 juta.

“Dalam pelancaran akan datang, kami bersedia untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk hartanah premium di daerah yang meriah ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya