Ekonomi negara berkembang 4.2 peratus pada suku pertama 2024 - Utusan Malaysia

Ekonomi negara berkembang 4.2 peratus pada suku pertama 2024

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin (kanan) ketika Prestasi ekonomi suku pertama 2024 di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia berkembang pada kadar lebih tinggi sebanyak 4.2 peratus pada suku pertama 2024 berbanding suku keempat 2023 sebanyak 2.9 peratus.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, pertumbuhan itu didorong oleh perbelanjaan swasta yang lebih kukuh dan pertumbuhan eksport yang positif.

“Perbelanjaan isi rumah lebih tinggi berikutan pertumbuhan guna tenaga dan upah yang berterusan.

“Aktiviti pelaburan lebih giat disokong oleh perbelanjaan modal sektor swasta dan sektor awam yang lebih tinggi,” katanya dalam sidang akhbar Prestasi ekonomi suku pertama 2024 di sini hari ini.

Menurut beliau, eksport kembali pulih berikutan permintaan luaran yang lebih tinggi.

“Dari segi penawaran, kebanyakan sektor mencatatkan pertumbuhan yang lebih tinggi.

“Sektor perkilangan juga meningkat disebabkan oleh pemulihan dalam industri elektrik dan elektronik (E&E) serta industri bukan E&E.

“Pertumbuhan yang lebih kukuh bagi sektor perkhidmatan didorong oleh aktiviti perdagangan runcit yang lebih tinggi dan sokongan yang berterusan daripada subsektor pengangkutan dan penyimpanan,” ujarnya.

Tambahnya, pada asas suku tahunan terlaras secara bermusim, ekonomi berkembang sebanyak 1.4 peratus berbanding suku keempat 2023 sebanyak -1.0 peratus.

Dalam pada itu, Inflasi keseluruhan kekal sederhana pada 1.7 peratus pada suku pertama 2024 berbanding 1.6 peratus direkodkan pada suku keempat 2023.

“Peningkatan sederhana dalam inflasi keseluruhan ini mencerminkan pelarasan dasar tarif air pada Februari dan cukai perkhidmatan bagi penggunaan elektrik yang tinggi pada Mac, masing-masing meningkat sebanyak 20.8 peratus berbanding 2.1 peratus pada suku keempat 2023.

“Inflasi teras berkurang kepada 1.8 peratus daripada 2.0 peratus pada suku keempat 2024, sebahagian besarnya didorong oleh inflasi segmen makanan dan minuman yang terus mereda,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya