BAIC sasar buka 10 cawangan pengedar di Malaysia tahun ini - Utusan Malaysia

BAIC sasar buka 10 cawangan pengedar di Malaysia tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beijing Automotive Group (BAIC), salah satu pengeluar kereta terkemuka China menyasarkan untuk membuka 10 cawangan pengedar di seluruh negara pada tahun ini dengan yang pertama dikendalikan oleh Edaran Otomobil Elektrik (M) Sdn. Bhd. (EOE).

Naib Pengurus Besar Beijing Automotive Group Co. Ltd dan Pengerusi BAIC Motor Corporation. Ltd, Chen Wei berkata, sasaran itu selaras dengan komitmen BAIC terhadap pasaran Malaysia.

“Asia Tenggara, khususnya Malaysia mewakili pasaran automotif berkembang maju dengan permintaan semakin meningkat.

“BAIC mempunyai kepakaran dalam memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk kualiti, tenaga baharu dan kenderaan pintar,” katanya dalam majlis pelancaran dua model kenderaan penumpang pertamanya bagi pasaran Malaysia iaituX55 dan BJ40 Plus.

X55 merupakan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-C manakala BJ40 Plus adalah kenderaan laluan lasak (off-road).

Model itu menampilkan enjin petrol 1.5TD, 4-silinder dengan teknologi VGT, dipasangkan dengan kotak gear DCT tujuh kelajuan yang dibangunkan sendiri.

Gabungan itu menghasilkan 188 PS dan tork 305 Nm dan Trenkuasa X55 diiktiraf Anugerah 10 Trenkuasa Terbaik di China dengan penggunaan bahan api WLTC hanya 7.18 L/100 kilometer.

Model BJ40 Plus pula dibina untuk rupa bentuk bumi yang ekstrem dan mempunyai gred pendakian 60 peratus.

BJ40 Plus menampilkan enjin petrol 2.0L pengecas turbo yang dipadankan dengan kotak gear automatik ZF 8-kelajuan buatan Jerman, memberikan kuasa 224PS dan tork 380Nm yang menakjubkan.

Tambah beliau, BAIC komited mengembangkan kehadiran dan mewujudkan rangkaian jualan serta perkhidmatan untuk menawarkan pelbagai pilihan dan berkualiti tinggi kepada pengguna Malaysia.

“Dengan sistem pengeluaran automotif Malaysia yang matang dan minat pengguna yang semakin meningkat, kami secara strategik merintis bagi sempadan baharu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya