Akaun 3, kenaikan gaji penjawat awam penyumbang utama pengukuhan perbelanjaan domestik - Utusan Malaysia

Akaun 3, kenaikan gaji penjawat awam penyumbang utama pengukuhan perbelanjaan domestik

PERBELANJAAN domestik negara dijangka meningkat susulan pengeluaran Akaun Fleksibel KWSP dan kenaikan gaji penjawat awam. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengenalan Akaun 3 atau Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan peningkatan gaji penjawat awam pada bulan Disember bakal menjadi penyumbang utama permintaan domestik yang kukuh.

Menurut Kenanga Research, faktor itu turut mendorong kepada pertumbuhan positif Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada tahun ini seperti yang diunjur kerajaan pada empat peratus hingga lima peratus.

“Pandangan itu disokong oleh pertumbuhan kukuh dalam sektor perkhidmatan, didorong oleh permintaan domestik yang tegar,” katanya.

Jelasnya, insentif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) daripada kerajaan yang dikenali juga akan mengukuhkan lagi permintaan domestik.

Selain itu, peningkatan dalam ketibaan pelancong dan pasaran buruh yang sihat dengan kadar pengangguran dijangkakan meningkat kepada 3.2 peratus berbanding 3.4 peratus tahun lalu akan menyokong unjuran pertumbuhan dengan ketara.

Bagaimanapun, kata Kenanga Research, risiko geopolitik akan mendominasi naratif makro dan berpotensi untuk mengganggu momentum pertumbuhan.

“Perdagangan global yang lebih lemah daripada yang dijangka dan ketegangan perdagangan yang meningkat antara Amerika Syarikat dan China, terutamanya selepas pengumuman kenaikan tarif yang baru-baru ini boleh menghalang pertumbuhan ekonomi global,” katanya.

Kenanga Research berkata, situasi itu diburukkan oleh konflik yang berlangsung di Ukraine dan perang Israel-Gaza yang berterusan, sekali gus memberi kesan negatif kepada aktiviti perdagangan global disebabkan oleh pengalihan laluan penghantaran laut.

“Sementara itu, dasar monetari ketat yang dilaksanakan oleh kebanyakan ekonomi maju menimbulkan risiko negatif kepada Malaysia dengan risiko potensi kemelesetan ekonomi global,” katanya.

Katanya, firma penyelidikan itu turut percaya dasar monetari semasa akan kekal untuk sepanjang tahun ini kerana dianggap sesuai untuk mengawal inflasi serta menyokong pertumbuhan domestik.

“Pandangan inflasi utama menunjukkan peningkatan sederhana Kenanga Investment Bank Berhad (KIBB) pada 2.7 peratus berbanding 2.5 peratus tahun lalu disebabkan penyesuaian subsidi yang dijangka secara berperingkat pada separuh kedua tahun 2024.

Tambahnya, ia mungkin meningkatkan tekanan harga, namun boleh diuruskan dengan potensi peningkatan bekalan yang dapat diimbangi oleh penurunan permintaan dalam situasi harga yang lebih tinggi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya