PETALING JAYA: Tabung Haji (TH) dijangka akan mengumumkan agihan keuntungan untuk 2023, pagi esok. Tahun lalu, TH mengumumkan agihan keuntungan sebanyak 3.10 peratus bagi 2022 dan dimanfaatkan kira-kira 8.7 juta pendepositnya. Agihan keuntungan bagi tahun lalu berjumlah RM2.65 bilion berbanding RM2.46 bilion pada 2021. Sebelum ini, TH membuat agihan keuntungan selepas zakat masing-masing sebanyak 1.25 peratus pada tahun kewangan 2018, 3.05 peratus (2019) dan 3.10 peratus (2020 dan 2021). Penganalisis ekonomi sebelum ini mengunjurkan agihan keuntungan yang lebih baik bagi 2023 didorong oleh prestasi positif dalam pasaran tetap dan sukuk.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya