PETALING JAYA: Perbelanjaan isi rumah di negara ini dijangka naik lima peratus tahun ke tahun sepanjang 2024 kepada RM903.8 bilion apabila pertumbuhan ekonomi berterusan dan tahap penggunaan menjadi normal, kata BMI, firma penyelidikan di bawah Fitch Solutions. Menurut BMI, pihaknya mempunyai pandangan yang berhati-hati tetapi positif bagi perbelanjaan pengguna di Malaysia sepanjang tahun ini memandangkan pemulihan ekonomi akan diterjemahkan kepada pertumbuhan perbelanjaan pengguna sebenar yang kukuh sepanjang tahun. “Perbelanjaan isi rumah sepanjang 2024 akan menandakan pemulihan ke tahap pertumbuhan prapandemik (perbelanjaan isi rumah meningkat pada kadar purata sebenar 5.2 peratus…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya