KUALA LUMPUR : Nilai eksport kayu dan produk berasaskan kayu merosot sebanyak 13.3 peratus kepada RM21.84 bilion pada 2023 berbanding tahun sebelumnya. Menjelaskan perkara itu, Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, perkara sama turut berlaku dari segi kuantiti eksport produk kayu di mana kemerosotan berlaku dengan kadar 4.2 peratus pada tempoh yang sama. “Kemerosotan itu berlaku ada beberapa faktor antaranya kedudukan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang tidak menentu, jadi permintaan berkurangan. Dahulu, eksport kita hampir mencecah 40 peratus industri perkayuan, termasuk produk-produk kayu (dieksport) ke AS.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya