PETALING JAYA: Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM244.5 bilion pada Mac lalu dengan eksport dan import masing-masing bernilai RM128.6 bilion dan RM115.8 bilion seperti yang dilaporkan dalam Statistik Eksport Import Mengikut Negeri Mac 2024. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, prestasi eksport Malaysia pada Mac tahun ini bernilai RM128.6 bilion, menurun sebanyak 0.8 peratus atau RM1 bilion berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya. Katanya, penurunan itu dipengaruhi eksport yang lebih rendah di kebanyakan negeri iaitu Selangor (RM2.1 bilion), Labuan (RM1.6 bilion), Melaka (RM686.2 juta), Sabah (RM443.8 juta),…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya