KTI Landmark dapat kelulusan disenaraikan di Pasaran ACE - Utusan Malaysia

KTI Landmark dapat kelulusan disenaraikan di Pasaran ACE

BURSA Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemaju hartanah Bersepadu yang berpangkalan di Sabah, KTI Landmark Berhad (KTI) berjaya mendapat kelulusan untuk disenaraikan di pasaran ACE oleh Bursa Malaysia Securities Berhad.

Tawaran Awam Permulaan (IPO) itu akan melibatkan penerbitan 160 juta saham baharu dan tawaran untuk jualan sebanyak 45.0 juta saham sedia ada, masing-masing mewakili 20 dan 5.6 peratus daripada modal saham yang diperbesarkan KTI.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif KTI, Dr. Gordon Loke berkata,
kelulusan penyenaraian dan jumlah saham ini akan membolehkan KTI memulakan fasa pertumbuhan dalam industri pembangunan hartanah dan pembinaan.

“IPO yang disediakan akan membolehkan kumpulan memanfaatkan pasaran modal ekuiti bagi menjana kewangan yang fleksibel dalam mengejar peluang pertumbuhan masa depan apabila ia timbul,” ujarnya.

Sebanyak 40 juta saham daripada jumlah penuh akan disediakan kepada orang awam Malaysia melalui undian manakala 40 juta saham pula akan diberikan kepada pengarah, kakitangan dan penyumbang KTI.

Selain itu, sejumlah 80 juta daripada baki saham baharu tersebut akan dikhaskan kepada penempatan persendirian untuk pelabur Bumiputera.

Bagi tawaran jualan, sebanyak 20 juta saham khas disediakan untuk penempatan persendirian kepada pelabur bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), sementara 25 juta pula kepada pelabur terpilih.

Tambah beliau, KTI Landmark yang diasaskan pada 1984, memainkan peranan penting dalam pembinaan pembangunan hartanah di Sabah sehingga melibatkan projek-projek seperti perumahan, komersial dan campuran.

“Pihak berkuasa di Sabah turut menggunakan peruntukan tersebut bagi membina rumah mampu milik untuk projek perumahan kakitangan awam dan bangunan am kepada sektor swasta,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN