KUALA LUMPUR: Kementerian Digital bakal mengemas kini Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam (PSPSA) yang akan tamat pada 2025 bagi membolehkan ia bersesuaian dengan kehendak semasa negara. Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong berkata, Kementerian Digital bersama tujuh agensi berkaitan akan berbincang menghasilkan pelan berteraskan komuniti. Katanya, ia akan memberi peluang masyarakat luar bandar untuk celik teknologi dan digital. “Ini termasuk kesamarataan kepada industri pendigitalan di bandar dan luar bandar selaras hasrat kerajaan inginkan transformasi digital dilaksana segera supaya tidak ketinggalan dan dapat bersaing pantas,” katanya selepas Majlis Pelancaran…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya