PETALING JAYA: Kenangan Research menjangkakan harga minyak mentah sebahagian besarnya stabil dalam tahun kewangan 2024. Firma penyelidikan itu berkata, pihaknya mengesahkan semula ramalan harga minyak mentah tahun kewangan 2024 Brent mereka pada AS$84/setong (RM401.25) dan memperkenalkan andaian harga purata tahun kewangan 2025 sebanyak AS$79 setong (RM377.37). “Unjuran ini sejajar dengan US Energy Information Administration (EIA) sebanyak AS$87.0/84.8 (RM415.57 atau RM405.7) setiap setong untuk tahun kewangan 2024/2025,” kata satu nota penyelidikan. Jelasnya, analisis mereka untuk tahun ini menjangkakan penurunan dalam pertumbuhan pengeluaran minyak mentah global kepada peningkatan sebanyak 0.5 juta setong…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya