PETALING JAYA: Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) dan Maybank Asset Management Sdn. Bhd. (MAM) mengumumkan pengagihan pendapatan interim dana Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) sebanyak 2.50 sen seunit bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Mac 2024. Menurut kenyataannya, ia termasuk pengagihan pendapatan asas sebanyak 2.20 sen seunit dan pengagihan bonus sebanyak 0.30 sen seunit. Katanya, pembayaran bonus dibuat oleh PHB selaku penaja AHB dan akan dibayar kepada 1,000,000 unit pertama yang dimiliki oleh setiap pemegang unit. “AHB akan membuat pembayaran berjumlah keseluruhan RM116.6 juta kepada kira-kira 80,000 pemegang unit untuk pengagihan pendapatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya