PETALING JAYA: Nilai jualan sektor pembuatan kembali kepada pertumbuhan positif tahun ke tahun sebanyak 3.2 peratus, mencapai RM152.7 bilion pada Januari 2024, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, nilai jualan sektor pembuatan memulih kepada 3.2 peratus pada Januari 2024 selepas menguncup sejak Jun 2023, mencapai RM152.7 bilion (Disember 2023: -4.2 peratus). Katanya, pengembangan tersebut disokong oleh pertumbuhan kukuh sebanyak 15.8 peratus dalam subsektor kelengkapan pengangkutan dan pembuatan lain (Disember 2023: 6.4 peratus), ditambah dengan trend peningkatan bagi subsektor makanan, minuman dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya