PETALING JAYA: Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) melancarkan program ‘Ford Assured’ atau ‘Jaminan Ford’, sebuah program yang menawarkan model-model kenderaan Ford terpakai yang mendapat perakuan. Program tersebut merupakan usaha perakuan dan jaminan menyeluruh yang bertujuan memberikan keyakinan dan ketenangan fikiran kepada pelanggan yang mempertimbangkan pembelian kenderaan Ford terpakai. Pengarah Urusan Sime Darby Motors Asia Tenggara, Jeffrey Gan berkata, tumpuan utama program Ford Assured ialah proses pemeriksaan dan perakuan teliti yang memastikan kereta Ford terpakai memenuhi kualiti dan piawaian prestasi yang ketat. Katanya, program ini dirangka untuk menambah baik pengalaman pembelian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya