PETALING JAYA: Saham CTOS Digital Bhd jatuh ke paras terendah sejak Julai 2022, susulan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa agensi pelaporan kredit itu tidak diberi kuasa secara sah untuk merumuskan skor kredit. Kaunter syarikat ditutup 13.79 peratus lebih rendah kepada RM1.25 sesaham pada pukul 5 petang semalam, berbanding RM1.45 sesaham pada kelmarin. CTOS merosot kepada rekod rendah baharu pada RM1.06 sebelum ini, hampir dengan harga tawaran awam permulaannya pada RM1.10 dalam volum dagangan tinggi di Bursa Malaysia. Kenanga Research telah menurunkan penarafan agensi itu kepada ‘underperform’ dengan saranan ‘jual’ serta turut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya