PETALING JAYA: Prestasi pelancongan domestik di Malaysia meneruskan trend pemulihan pada tahun lalu dengan jumlah perbelanjaan RM84.9 bilion, meningkat 32.5 peratus berbanding RM64.1 bilion pada 2022, menurut laporan Jabatan Perangkaan. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, secara keseluruhan, jumlah pelawat domestik turut meningkat kepada 210.9 juta pelawat berbanding 160.1 juta pada tahun sebelumnya. “Walau bagaimanapun, kedua-dua statistik ini masih di bawah paras prapandemik pada 2019, dengan jumlah pelawat dan perbelanjaan pelancongan domestik masing-masing 11.8 peratus dan 17.7 peratus lebih rendah,” katanya dalam kenyataan. Bagi prestasi suku keempat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya