PETALING JAYA: Northport (Malaysia) Bhd. (Northport), ahli Kumpulan MMC, meneruskan komitmennya dalam meningkatkan pembangunan modal insan dengan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. MoU tersebut telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Northport, Datuk Azman Shah Mohd. Yusof dan Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran, Ts. Zuleah Darsong. Pemeteraian MoU itu merupakan satu langkah penting bagi kedua-dua pihak untuk membangunkan tenaga kerja mahir secara bersama dalam bidang pengurusan dan operasi pelabuhan. Azman berkata, perjanjian komprehensif ini merangkumi pelbagai bidang kerjasama, termasuk perkongsian kepakaran, pengetahuan, perkhidmatan dan perundingan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya