KJR cadang semua pekerja asing dalam sektor pembinaan diurus oleh CLAB - Utusan Malaysia

KJR cadang semua pekerja asing dalam sektor pembinaan diurus oleh CLAB

AHMAD MASLAN (tengah) bersama Abdul Rafik Abdul Rajis (dua dari kiri) memotong kek sempena Majlis Sambutan Ulang Tahun ke - 20 CLAB di sini hari ini. - UTUSAN/MOHAMMAD AMRULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KJR) mencadangkan semua pekerja asing dalam sektor pembinaan diuruskan oleh Construction Labour Exchange Centre Berhad (CLAB) iaitu agensi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Cadangan oleh Timbalan Menteri KJR, Datuk Seri Ahmad Maslan itu bagi membolehkan CLAB melaksanakan secara bersepadu untuk memastikan segala urusan temu duga warga asing di negara sumber, sehinggalah penyediaan tempat tinggal, pemantauan gaji serta segala kebajikan pekerja diambil kira.

“Saya mencadangkan kepada dua kementerian iaitu Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) agar mempertimbangkan perkara ini.

“Oleh itu, KSM dan KDN hanya berurusan dengan CLAB dan tidak perlu berurusan dengan ramai pihak yang tidak bertanggungjawab yang membiarkan pekerja sebagaimana laporan yang diterima di akhbar termasuk kesukaran yang berlaku untuk menguruskan pekerja asing.

“Mereka (CLAB) telah berpengalaman selama 20 tahun dan telah menguruskan 221,000 pekerja asing. Selain itu, mereka memiliki pengalaman yang cukup atau lebih dari cukup untuk menguruskan pekerja dalam sektor pembinaan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun ke – 20 CLAB di sini hari ini.

Setakat ini, terdapat 600,000 pekerja asing dalam sektor pembinaan.

Selain itu, jelas Ahmad, sekiranya cadangan itu tidak boleh dilaksanakan, cadangan kedua adalah supaya semua pekerja asing dalam sektor dibawah kontrak kerajaan diuruskan oleh CLAB.

“Ia melibatkan projek membina jalan, bangunan, jambatan, cerun dibawah kontrak kerajaan dibawah perbelanjaan pembangunan (DE) dengan peruntukan sebanyak RM90 bilion tahun ini (2024),” katanya.

Menurut Ahmad lagi, pengurusan oleh pihak CLAB bagi mengelakkan tiada lebihan pekerja asing, isu buruh paksa serta penindasan terhadap pekerja asing.

Ketua Pegawai CLAB, Abdul Rafik Abdul Rajis berkata, selain mengurus pengambilan dan pertukaran pekerja binaan asing, pihaknya juga sedang menyelusuri beberapa usaha sama dalam penyediaan Pusat Penginapan Pekerja Berpusat Centralised Labour Quarters (CLQ) yang bertempat di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

“Bagi memastikan pekerja binaan yang disediakan berupaya menjalankan kerja-kerja mengikut keperluan majikan, CLAB turut mengadakan temuduga dan ujian fizikal terhadap pekerja binaan asing termasuk mengangkat besi, memotong kayu, juga ujian kecergasan yang lain,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya