KUALA TERENGGANU: Gedung kelengkapan rumah terkemuka, IKEA, membuka pusat pengambilan baharu di Kuala Terengganu untuk kemudahan pelanggan setianya di negeri ini, bermula hari ini. Pengurus Stor IKEA Batu Kawan, Takeshi Murai berkata, pusat pengambilan itu merupakan yang kedua di Pantai Timur dan ketujuh di Malaysia selepas Kuantan, Miri, Kuching, Ipoh, Melaka dan Kota Kinabalu. Menurut Takeshi, objektif utama pembukaan pusat berkenaan bertujuan menembusi dan mengukuhkan lagi pasaran produk kelengkapan rumahnya di Pantai Timur terutama Terengganu. Beliau menjelaskan, IKEA menawarkan penghantaran produk ke pusat pengambilan itu pada harga serendah RM98 selain…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya