PETALING JAYA: Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 0.3 peratus pada Februari 2024 daripada -0.6 peratus bulan sebelumnya, lapor Jabatan Perangkaan. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, sektor pertanian, perhutanan dan perikanan meningkat 6.0 peratus (Januari 2024: 3.2 peratus), disumbangkan oleh indeks penanaman tanaman kekal (8.1 peratus), perikanan (7.5 peratus) dan pengeluaran ternakan (4.3 peratus). Pada masa yang sama, ujarnya, sektor perlombongan mencatatkan peningkatan 5.3 peratus (Januari 2024: -1.3 peratus) dengan indeks pengekstrakan petroleum mentah mencatatkan peningkatan 7.9 peratus.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya