Batih Cookies ketengah produk ke lokasi pelancongan

Batih Cookies ketengah produk ke lokasi pelancongan

AZAM Asri (kanan) bersama Hanafi Muidnuddin menunjukkan Batih Cookies keluaran syarikat tersebut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Batih Nilai menyasarkan Batih Cookies, biskut tradisi keluarannya sejak 80-an menembusi pasaran antarabangsa, di samping memperbanyakkan produknya di lokasi pelancongan di seluruh Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif, Batih Cookies, Azam Asri, 30, berkata, Batih Cookies memperoleh sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Jun 2023 lalu.

“Kami membuat keputusan untuk memperoleh sijil halal bagi mengembangkan lagi pasaran jenama produk Batih Cooki­es ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau berkata, idea untuk perniagaan tersebut bermula daripada perbualan di meja kopi sahaja sebelum mengambil keputusan secara serius dengan bermodalkan RM5,000.

Beliau berkata, Batih Cookies turut mensasarkan keuntungan sebanyak RM300,000 sempena musim perayaan Aidilfitri tahun ini.

“Kami memilih untuk menjual produk lebih mencabar berbanding produk yang biasa di jual di pasaran. Jadi, apabila ditawarkan menjual produk biskut warisan yang belum pernah lagi dijual secara meluas di pasaran dalam negara kami amat teruja,” ujarnya.

Pelajar doktor falsafah (PhD) bidang Ekonomi Makanan dari Universiti Malaya (UM) itu berkata, cabaran terbesar dihadapi adalah untuk menembusi pasaran, terutamanya di Malaysia.

Jelas Azam, ia kerana pasaran biskut merupakan pasaran yang tepu yang kebanyakannya dimonopoli jenama-jenama besar dari dalam dan luar negara.

Sementara itu, Ketua Pemasaran Batih Cookies, Hanafi Muidnuddin, 30, berkata, mereka tidak menafikan bahawa sijil halal bukan sahaja diterima di dalam negara, malah amat diperlukan sebelum dipasarkan ke luar negara.

“Sijil halal menjadi satu indikator penting untuk membuktikan produk kami memenuhi piawaian makanan yang diperlukan di pasaran dan pengguna. 

“Sijil itu menjadikan produk kami lebih diyakini pelanggan walaupun perlu belajar banyak perkara dalam menjadikan pengendalian produk Batih Cookies dijamin suci,” katanya.

Hanafi berkata, mereka turut berhasrat mendapatkan lebih ramai ejen dan ahli gabungan sama ada mahasiswa, suri rumah mahupun sesiapa yang ingin bersama Batih menjana pendapatan, sekali gus membantu ekonomi keluarga.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya