PETALING JAYA: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) memperkenalkan Penasihat Pelaburan Robo (RIA), satu ciri baharu dalam aplikasi myASNB, yang direka untuk menjadikan pelaburan mudah dan boleh diakses oleh semua rakyat Malaysia. Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam kenyataannya berkata, RIA dilancarkan untuk menangani cabaran umum apabila membuat keputusan pelaburan selain memperkasakan individu dari semua lapisan masyarakat. Katanya, ini untuk mengawal dan bertanggungjawab terhadap masa depan kewangan mereka dengan pengalaman pelaburan yang mesra pengguna dan diperibadikan. Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB, Muzzaffar Othman berkata,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya