PETALING JAYA: Untung bersih Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 (TK2023) melonjak 188 peratus kepada RM543.2 juta daripada RM187.2 juta tahun sebelumnya, berikutan peningkatan dalam hasil, pendapatan lain dan bahagian keuntungan daripada syarikat bersekutu. Dalam pemfailan di Bursa Malaysia semalam, pengendali lapangan terbang itu berkata, pendapatan Kumpulan bagi tahun dikaji melonjak 57.2 peratus kepada RM4.91 bilion daripada RM3.13 bilion. Kumpulan merekodkan Perolehan Sebelum Faedah, Cukai, Susut Nilai dan Pelunasan (EBITDA) hampir dua kali ganda kepada RM2.29 bilion daripada RM1.19 bilion setahun lalu. “Kumpulan mencatatkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya