PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempercepatkan peralihan kepada kenderaan elektrik (EV) dalam komitmen elektrifikasi 30 peratus daripada kenderaan operasinya menjelang 2030. Pendekatan itu melalui penggunaan 98 unit EV baharu merangkumi 78 trak pikap elektrik dan 20 van elektrik, menjadikan jumlah keseluruhan EV dalam armada TNB kepada 127 buah. Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Ir. Baharin Din berkata, usaha itu sebagai sebahagian strategi pengurangan karbon secara menyeluruh selaras aspirasi Malaysia neutral karbon menjelang 2050. “TNB menyasarkan untuk menggantikan 30 peratus iaitu lebih 1,000 kenderaan kepada EV menjelang 2030 dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya