PETALING JAYA: Teroka MajuBina Sdn. Bhd. meterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Spartan Maritime (M) Sdn. Bhd. dan Royal HaskoningDHV untuk pembinaan Kompleks Limbungan Kapal Hibrid di Tanjung Agas, Pekan, Pahang bernilai sekitar RM12 billion. Spartan Maritime dan Royal HaskoningDHV akan menyediakan perkhidmatan konsultansi kepada Teroka Majubina. Naib Pengerusi Teroka MajuBina, Datuk Ts (Dr.) Abd Radzak dalam kenyataan berkata, MoU itu satu kemajuan penting dalam merealisasi dan menjayakan objektif pembangunan Kompleks Limbungan Kapal Hibrid. Beliau berkata, pihaknya yakin projek Kompleks Limbungan Kapal Hibrid akan berjaya, sekali gus mencapai matlamat yang disasarkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya