PETALING JAYA: MIDF Research mengunjurkan eksport Malaysia akan pulih sebanyak 5.2 peratus pada 2024, didorong oleh peningkatan permintaan untuk produk petroleum dan minyak sawit, di samping jangkaan pemulihan dalam perdagangan elektrik dan elektronik (E&E). Dalam nota kajian, firma penyelidikan itu berkata, penguncupan 7.4 peratus dalam eksport ke China dan 7.9 peratus ke Hong Kong mungkin disebabkan oleh aktiviti perniagaan yang lebih perlahan menjelang cuti Tahun Baharu Cina. Namun begitu, MIDF menjangkakan penghantaran ke pasaran utama seperti China, Amerika Syarikat (AS) dan negara serantau akan bertambah baik, sekali gus menyokong pemulihan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya