PETALING JAYA: Penggiat industri pelancongan negara perlu memanfaatkan nilai ringgit yang rendah berbanding dolar AS, bagi menarik kedatangan lebih ramai pelancong dengan mempergiatkan promosi di luar negara terutama China. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Eksekutif Inbound Tourism Alliance, Uzaidi Udanis berkata, kejatuhan nilai ringgit berbanding kebanyakan mata wang utama dunia, sebenarnya satu `kelebihan’ untuk menarik lebih ramai pelawat seterusnya membantu negara mencapai sasaran lebih 7 juta pelancong tahun ini. Sehubungan itu katanya, usaha mempromosikan Malaysia perlu dibuat secara lebih agresif, terutama membabitkan kawasan-kawasan tarikan utama di dalam negara. “Penggiat industri…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya