KUALA LUMPUR: Columbia Asia Hospital mengembangkan rangkaian hospitalnya dengan membuka fasiliti baharu di Pulau Pinang serta menambah bilangan katil di hospitalnya di Cheras, Klang, Seremban dan Iskandar Puteri dengan pelaburan kira-kira RM1 bilion. Pelaburan untuk tiga tahun akan datang tersebut termasuk untuk hospital baharu dilancarkan di Bukit Jalil. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Columbia Asia, Dr. Chan Boon Kheng berkata, pihaknya dijangka membuka hospital dengan 200 katil di Batu Kawan, Pulau Pinang pada suku pertama tahun depan. Katanya, pembukaan tersebut tepat pada masanya untuk menyokong populasi yang berkembang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya