Bicara Niaga: Transformasi myTukar sebagai peneraju pasaran - Utusan Malaysia

Bicara Niaga: Transformasi myTukar sebagai peneraju pasaran

RUANG legar bilik pameran dan jualan myTukar yang moden dan selesa, mengalu-alukan kedatangan pelanggan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKADIMAH

Nama myTukar semakin menjadi tumpuan pembeli kenderaan, terutama kenderaan terpakai dalam negara.

Ini kerana, myTukar mengutamakann ketelusan, kepercayaan dan kemudahan perkhidmatan selepas jualan kepada pelanggannya..

“Kami komited untuk mengintegrasikan perkhidmatan jual beli, pembiayaan, insurans dan perkhidmatan selepas jualan,” tegas Ketua Pegawai Eksekutif myTukar, DERRICK ENG dalam temubual melalui emel bersama Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Dalam temubual itu, DERRICK turut berkongsi visi untuk merevolusi pasaran kereta terpakai yang semakin kompetitif di dalam negara, sekaligus meletakkan syarikat sebagai pendahulu pasaran.

DERRICK ENG

UTUSAN: Bolehkah terangkan mengenai visi strategik di sebalik kejayaan myTukar sebagai peneraju pasaran? Khususnya, bagaimana tuan meletakkan myTukar dalam landskap pasaran kereta terpakai Malaysia yang kompetitif? Bagaimana dengan pendekatan syarikat dalam mengintegrasikan perkhidmatan jual beli, pembiayaan, insurans dan perkhidmatan selepas jualan dengan lancar?

DERRICK ENG: Visi strategik kami berteraskan pada matlamat untuk merevolusikan pasaran kereta terpakai di Malaysia. Kami telah meletakkan diri kami bukan sahaja sebagai platform jual beli tetapi juga sebagai penyedia perkhidmatan komprehensif yang meliputi insurans, pembiayaan dan perkhidmatan selepas jualan.

Pelanggan adalah keutamaan nombor satu syarikat kami. Kami ingin menawarkan ketelusan, kepercayaan, serta kemudahan yang tiada bandingan buat pelanggan. Kami komited untuk mengintegrasikan perkhidmatan jual beli, pembiayaan, insurans dan perkhidmatan selepas jualan dalam sebuah ekosistem bersepadu yang dicapai oleh kami buat pertama kalinya di Malaysia.

Penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan teknologi proprietari menjadi pembeza utama untuk myTukar. Bolehkah anda huraikan bagaimana teknologi tersebut digunakan bagi meningkatkan pengalaman pelanggan dan menyelaraskan proses jual beli di platform anda?

Kami amat berbangga dengan tawaran kerata myTukar Certified. Untuk mencapai kualiti yang ditetapkan, kami menggunakan teknologi AI proprietari iaitu Penglihatan Berkomputer dan Kejuruteraan Akustik semasa pemeriksaan 160 poin dan proses membaik pulih. Teknologi ini membantu dalam mengenal pasti dan menangani sebarang isu, seperti masalah enjin atau kemasan cat yang tidak memuaskan. Mekanik ‘in-house’ kami melengkapkan keupayaan yang dipacu AI ini dengan kepakaran mereka sendiri, untuk memastikan kenderaan tersebut mencapai standard myTukar Certified atau ‘Sebaik Yang Baru’

Algoritma harga kami yang maju pula mampu menganalisis keadaan pasaran, sejarah kenderaan dan trend permintaan untuk menilai nilai sebenar kereta dan kekal berdaya saing dalam pasaran. Kami percaya langkah ini adalah telus dan adil untuk kedua-dua pihak iaitu pembeli dan penjual, kerana penetapan harga tidak ditentukan secara sewenang-wenangnya

Proses pembelian juga dipermudahkan untuk pelanggan menerusi penggunaan sistem pemprosesan pinjaman baharu yang berpandukan data untuk kelulusan yang lebih pantas dan kadar yang tepat serta kompetitif dari bank. Sistem ini dapat memastikan pelanggan mempunyai pilihan pembiayaan terbaik yang ditawarkan dalam industri

Kami juga memanfaatkan analisis data yang menyeluruh melalui Sistem Penjejakan Aset (ATS) untuk mengenal pasti kawasan permintaan. Data yang diperoleh membolehkan kereta yang spesifik ditawarkan di pusat jualan yang berpotensi besar dapat memenuhi kehendak pelanggan

Tuan telah meningkatkan perkhidmatan selepas jualan myTukar dengan Carro Care. Bagaimanakah perubahan ini memberi impak terhadap tawaran nilai keseluruhan platform pasaran myTukar, dan apakah yang ditawarkan kepada pelanggan sepanjang kitaran hayat kenderaan mereka?

Perkembangan perkhidmatan selepas jualan bersama Jardine Cycle and Carriage merupakan gabungan kekuatan kami: mereka membawa pengalaman yang bertahun lamanya manakala kami pula menawarkan teknologi

Pelanggan Carro Care akan menikmati perkhidmatan berkualiti tinggi, harga yang kompetitif dan rekod komprehensif berkenaan sejarah servis serta lawatan mereka dengan kami

Bolehkah tuan menerangkan langkah yang diambil oleh myTukar untuk memastikan kualiti dan kemampuan kenderaan yang disenaraikan di platform myTukar, dan bagaimana usaha ini dapat mengekalkan kepercayaan pelanggan?

Kereta myTukar Certified perlu melalui pemeriksaan 160 poin yang teliti menerusi penggunaan teknologi proprietari, dan semua isu akan ditangani serta diperbetulkan semasa proses ini. Setiap kereta kami juga akan melalui proses baik pulih termasuk untuk Badan & Cat Kereta, Baik Pulih Dalaman, dan penggantian bahagian mekanikal seperti tayar, suspensi, bateri, elektronik serta banyak lagi, untuk memastikan semua kereta myTukar Certified “Sebaik Yang Baru”

Kami berpegang teguh pada nilai ketelusan yang menyeluruh. Pelanggan mempunyai akses kepada laporan terperinci pemeriksaan 160 poin yang mengandungi semua maklumat yang diperlukan untuk membuat keputusan termaklum

Kereta myTukar Certified turut disertakan dengan waranti 1 tahun untuk enjin dan kotak gear serta jaminan pulangan wang dalam 5 hari

Dalam konteks pendemokrasian pembiayaan kereta, bagaimana inisiatif ini meningkatkan pengalaman pasaran untuk pembeli dan penjual, terutamanya bagi mereka yang secara tradisinya kurang kelayakan untuk mendapatkan perkhidmatan sistem perbankan konvensional? Apakah model dan strategi pembezaan yang diguna pakai, dan bagaimana anda menguruskan pinjaman tidak berbayar (NPL) yang rendah?

Mendemokrasikan pembiayaan kereta dan menyokong rangkuman kewangan adalah tonggak utama strategi kami untuk menjadikan pemilikan kereta lebih mudah diakses. Melalui Genie Financial Services, kami menawarkan penyelesaian pembiayaan berbeza yang menggabungkan perbankan konvensional dan kuasa AI atau pendekatan yang berlandaskan data bagi memudahkan rakyat Malaysia yang kurang kelayakan untuk memiliki kereta.

Dalam segmen pengguna, kami tidak bersaing dengan bank tradisional dari segi pelanggan – malah, kami bekerjasama dengan pihak bank untuk membantu mereka memberi perkhidmatan kepada pengguna yang kurang kelayakan dan tidak mempunyai akaun bank, seperti graduan yang baru memulakan kerjaya, pengguna yang mempunyai pembatasan tetapi ingin membina profil kredit, dan pemilik perniagaan kecil seperti penjaja. Kami juga tidak bersaing dengan subprima serta syarikat pinjaman wang, yang menerima kredit yang lemah.

Kami memanfaatkan pangkalan data kami, algoritma harga proprietari, pangkalan data nilai susut kenderaan dan rangka kerja pelarasan risiko untuk meramal tabiat peminjam secara digital dan menilai kelayakan kredit, yang telah banyak kali terbukti memberi penilaian yang tepat terhadap kelayakan kredit permohonan pinjaman, berbanding markah biro kredit tradisional. Penggunaan teknologi ini juga membolehkan kami segera menolak permohonan pinjaman yang berpotensi bermasalah dan lemah.

Kami tidak mengambil jalan pintas – kami juga melakukan pencarian fakta dengan terperinci dan semakan pelanggan, yang turut disokong oleh data proprietari dan teknologi.

Hasilnya, kami berjaya mengekalkan NPL 1+ peratus yang rendah di Malaysia, yang mana dalam beberapa keadaan adalah lebih baik daripada bank besar

Kami juga menyediakan pembiayaan inventori, atau ‘floor stock’, kepada penjual kereta PKS yang kurang kelayakan yang membeli kenderaan daripada platform kami. Berbeza dengan bank, kami mempunyai maklumat proprietari tentang rekod prestasi pembelian dan tabiat pada platform kami yang boleh dipantau secara berterusan, serta harga kenderaan, nilai susut dan pangkalan data / teknologi kami yang lain

Pasaran kereta terpakai semakin berkembang, apakah trend yang tuan perhatikan dan bagaimana pasaran myTukar beradaptasi dengan perubahan ini untuk kekal di hadapan?

Kami positif terhadap pertumbuhan serta potensi dalam industri kereta terpakai, dan penting bagi kami untuk melangkau melebihi urusan jual beli. Melihat peningkatan pemilikan dan penyerahan kereta, kami menjangkakan keperluan jangka panjang yang sama untuk penyelenggaraan berkala, servis, baik pulih dan insurans. Kami sentiasa beradaptasi dengan keperluan pelanggan dan yakin bahawa  ekosistem menyeluruh kami yang meliputi perkhidmatan jual beli, pembiayaan, insurans dan perkhidmatan selepas jualan dapat memenuhi keperluan pelanggan dengan lancar sepanjang perjalanan mereka sebagai pemilik kereta.

Data dan kecerdasan buatan akan terus mempelopori pada tahun 2024, oleh itu kami sentiasa mencari cara dan kaedah baharu untuk memanfaatkannya bagi memberikan pengalaman hebat kepada pelanggan, terutamanya dalam pembaharuan insurans, peringatan penyelenggaraan atau penilaian pinjaman

Satu lagi trend yang kami perhatikan adalah peningkatan minat dan pembelian Kenderaan Elektrik (EV). Kami mengambil langkah aktif di Malaysia untuk menyepadukan keperluan jualan, insurans dan perkhidmatan selepas jualannya ke dalam ekosistem kami. Di Singapura, Carro Care telah lengkap bersedia untuk menyelenggara dan servis kereta Tesla. Oleh itu, kami teruja untuk turut melengkapkan dan meningkatkan lagi kemahiran pasukan perkhidmatan selepas jualan serta baik pulih kami untuk mengendalikan EV dengan cekap

Dalam landskap kereta terpakai di Malaysia yang kompetitif pada masa ini, apakah peluang unik yang tuan jangkakan untuk pelaksanaan dalam masa terdekat?

Sebagai sebuah syarikat berlandaskan teknologi yang sentiasa berinovasi, kami sering mencari peluang untuk menambah baik keupayaan kami, terutamanya dalam memanfaatkan analisis data dan pembelajaran mesin bagi meningkatkan pengalaman pemilikan kereta

Kami sedang mengusahakan lebih banyak kemajuan teknologi, dan kami akan berkongsi lebih lagi mengenai perkara tersebut apabila tiba masanya

Bolehkah tuan kongsikan visi jangka panjang untuk myTukar? Bagaimanakah syarikat akan terus berkembang dalam industri dan apakah kejayaan utama yang disasarkan?

Visi jangka panjang adalah untuk myTukar menjadi peneraju ekosistem yang utuh untuk semua perkara berkaitan kereta. Pada masa sekarang, kami komited untuk menyepadukan perkhidmatan jual beli, pembiayaan, insurans dan perkhidmatan selepas jualan ke dalam sebuah ekosistem, dan kami percaya pelanggan akan mendapatkan manfaat daripada sistem yang telus ini

Kami berharap untuk terus menerajui perubahan dan inovasi dalam pasaran automotif – perubahan yang bukan sahaja memberi manfaat kepada pengguna, tetapi juga kepada penjual, pemborong dan industri secara keseluruhan. Kami komited untuk memperkenalkan prosedur dan teknologi baharu dalam seluruh ekosistem kami agar dapat menawarkan kereta berkualiti tinggi dan proses pemilikan kenderaan yang lancar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya