PASARAN hartanah dijangka meningkat secara keseluruhannya pada 2024 bagi kedua-dua sektor iaitu kediaman dan komersial, kata penganalisis. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia (UUM), Fuad Mohamed Berawi berkata, hartanah komersial dijangka berkembang berdasarkan unjuran prestasi ekonomi yang meningkat sekitar empat hingga lima peratus pada 2024. Katanya, ia lebih tinggi berbanding 3.3 peratus dan 2.9 peratus masing-masing pada suku ketiga dan kedua 2023, disokong oleh permintaan dalam negara. “Prestasi ekonomi ini turut disokong dengan komitmen pelaburan yang diluluskan bernilai RM132.6 bilion pada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya