PETALING JAYA: Harga minyak sawit mentah (MSM) Malaysia dijangka meningkat pada 2024, didorong pengeluaran yang tidak stabil walaupun permintaan meningkat untuk biodiesel. Memetik laporan Reuters, kenaikan permintaan dilihat mengimbangi kesan pengeluaran minyak saingan (minyak selain MSM) yang lebih tinggi. “Eksport minyak sawit Indonesia dijangka turun sekitar empat peratus kepada kira-kira 29 juta tan metrik tahun ini apabila penggunaan domestik meningkat dengan pengadunan biodiesel berasaskan minyak sawit mandatori sebanyak 35 peratus,” kata Persatuan Minyak Sawit Indonesia (Gapki), jelas laporan itu. Menurut laporan itu lagi, Indonesia dan Malaysia dijangka melihat sedikit impak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya