PETALING JAYA: Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus pada mesyuarat pertamanya pada tahun ini.
Bank pusat dalam kenyataannya berkata, pada tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari kekal menyokong ekonomi dan konsisten dengan penilaian semasa terhadap prospek inflasi dan pertumbuhan.
“MPC kekal berwaspada dengan perkembangan berterusan untuk memaklumkan penilaian mengenai prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri.
“MPC akan memastikan bahawa pendirian dasar monetari kekal kondusif kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam keadaan harga yang stabil,” katanya.-UTUSAN