PETALING JAYA: Kadar pengangguran pada November 2023 turun kepada 3.3 peratus, kembali ke paras prapandemik dengan mencatatkan 569,200 penganggur, lapor Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin dalam kenyataan berkata, kadar pengangguran pada bulan dilaporkan turun kepada paras prapandemik berbanding 3.4 peratus yang direkodkan pada bulan sebelumnya. Beliau berkata, peningkatan prestasi tenaga buruh negara menunjukkan pertumbuhan positif ekonomi semasa dengan pertambahan berterusan bilangan penduduk bekerja dan pengangguran terus menurun. Katanya, bilangan tenaga buruh terus mencatatkan peningkatan sebanyak 0.2 peratus bulan-ke-bulan kepada 17.0 juta orang berbanding…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya