PETALING JAYA: Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat marginal 0.6 peratus tahun ke tahun pada November 2023 dipengaruhi oleh pertumbuhan sederhana dalam sektor perlombongan dan elektrik, meskipun sektor pembuatan mengalami penurunan, lapor Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, IPP meningkat selepas mencatatkan pertumbuhan 2.4 peratus pada bulan sebelumnya. Beliau berkata, peningkatan disokong oleh pengembangan sederhana dalam sektor perlombongan sebanyak 1.9 peratus (Oktober 2023: 7.4 peratus) dan sektor elektrik sebanyak 4.2 peratus (Oktober 2023: 5.6 peratus). Sementara itu, sektor pembuatan menurun kepada negatif 0.1 peratus…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya