PETALING JAYA: Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini, menjejaki rali di Wall Street berikutan pengambilan untung selepas penjualan baru-baru ini. Pada pukul 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.35 mata kepada 1,490.96 daripada 1,487.61 penutup Jumaat lalu, memetik laporan Bernama. Menurut laporan itu, FBM KLCI dibuka 0.99 mata lebih baik pada 1,488.60. Jelasnya, di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 299 berbanding 161, manakala 356 kaunter tidak berubah, 1,404 tidak diniagakan dan 19 lagi digantung. Jumlah dagangan berjumlah 531.69 juta unit bernilai RM203.24…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya