Allianz Life catat pertumbuhan dua digit bagi pengambilan 2023

Allianz Life mencatatkan pertumbuhan dua digit bagi pengambilan pada 2023

allianz
Raymond Cheah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Anak syarikat Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia), Allianz Life Insurance Malaysia Berhad (Allianz Life) telah mencatatkan pertumbuhan pengambilan sebanyak 51.9 peratus pada 2023.

Pengambilan ejen baharu meningkat daripada 1,417 pada 31 Disember 2022 kepada 2,152 tahun lepas, menjadikan jumlah ejen sebanyak 5,971.

Bahagian pasaran agensi juga berkembang daripada 10.9 peratus pada 30 Sept 2022 kepada 12.1 peratus pada 30 Sept 2023.

Ketua Pegawai Jualan Allianz Life, Raymond Cheah berkata, kemajuan luar biasa itu dapat dicapai melalui kerjasama yang luar biasa antara Syarikat dan agensi.

“Pengambilan tidak boleh dilakukan seorang diri, semua pihak perlu bersatu untuk menjayakannya. Untuk Allianz Life, kami telah menyediakan sokongan berterusan kepada ejen kami melalui peranti yang dipertingkatkan, latihan yang berkesan, inisiatif yang lebih baik, dan produk berdaya saing untuk pelanggan yang boleh membantu mereka dalam mendekati prospek mereka.

“Kami juga menyediakan platform yang sesuai untuk pertumbuhan dan menerapkan budaya berprestasi tinggi agar ejen kami lebih bersedia.

“Kami bekerja dan berkomunikasi rapat dengan ejen kami setiap kali mereka menghadapi sebarang cabaran dalam usaha pengambilan mereka, dan ini membantu pasukan membuat keputusan yang tepat. Untuk beberapa inisiatif pengambilan, kami juga menyediakan bantuan kewangan kepada ejen kami untuk satu tempoh masa apabila mereka baru dalam perniagaan,” tambahnya.

Inisiatif tersebut termasuk Allianz C.E.O. Programme (program 24 bulan untuk menjejaki pertumbuhan dan laluan kejayaan ejen), Allianz L.E.A.P. (ekosistem kejayaan pelajar yang menyediakan akses kepada kandungan berguna, manfaat eksklusif, serta program
pembelajaran berterusan) dan program rujukan Friends of Allianz, antara lain.

“Ejen kami dipanggil Allianz Life Changers atas sebab yang kukuh," kata Raymond.

“Mempercayai ejen kami dengan maklumat peribadi dan kewangan memerlukan keyakinan dan kami mahu membina hubungan jangka panjang dengan pelanggan kami disamping mereka mencari profesional yang boleh dipercayai dengan kepentingan terbaik mereka. Itulah sebabnya memberikan perlindungan menyeluruh kepada pelanggan kami dan mengubah kehidupan mereka secara positif dengan menjamin masa depan mereka, sentiasa menjadi tumpuan utama kami.”

Raymond berkata, Allianz Life percaya kepentingan dari unsur kemanusiaan dalam proses pembelian insurans hayat di mana syarikat mahu pelanggannya dapat berinteraksi rapat dengan ejen untuk mendapatkan nasihat profesional tentang perkara yang paling sesuai dengan keperluan mereka. Oleh itu, keutamaan pasukan agensi Allianz Life tahun ini adalah untuk memacu pengambilan, pengaktifan dan pengekalan ejen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya