Ahmad Zulqarnain CEO baharu KWSP

Ahmad Zulqarnain CEO baharu KWSP

AHMAD ZULQARNAIN ONN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melantik Ahmad Zulqarnain Onn sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharunya berkuatkuasa 19 Februari 2024.

Menurut kenyataannya, Ahmad Zulqarnain yang sebelum ini menerajui Permodalan Nasional Berhad (PNB) sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan menggantikan Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, yang telah dilantik sebagai Menteri Kewangan II pada 12 Disember lalu.

Ahmad Zulqarnain mempunyai pengalaman korporat yang luas dan beliau telah memegang beberapa jawatan penting dalam institusi seperti Danajamin Nasional Berhad sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Khazanah Nasional Berhad sebagai Timbalan Pengarah Urusan.

Beliau dilantik sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) pada Julai 2020.

Tambah kenyataan itu, beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Harvard.

Pengerusi KWSP Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata, KWSP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Senator Datuk Seri Amir Hamzah atas khidmat beliau dalam melakar hala tuju kejayaan KWSP.

“Pada masa yang sama, kami ingin mengalu-alukan dan mengucapkan tahniah kepada Ahmad Zulqarnain atas pelantikan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KWSP yang baharu.

“Dengan pengalaman korporatnya yang luas, kepimpinan beliau yang dinamik bakal memacu KWSP ke tahap baharu,” katanya.

Beliau menambah bahawa seluruh pasukan KWSP akan memastikan peralihan yang lancar dan meletakkan keyakinan penuh terhadap kepimpinan dan hala tuju strategik Ahmad Zulqarnain dalam memenuhi misi KWSP untuk melindungi masa depan persaraan dan kesejahteraan 15.9 juta ahlinya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya