PETALING JAYA: Agrobank mengumumkan pelan bantuan banjir bagi pelanggan sedia ada yang terkesan berikutan bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini. Bantuan tersebut meliputi penjadualan atau penstrukturan semula pembiayaan dan tawaran moratorium sehingga enam bulan, khusus untuk pelanggan-pelanggan bank yang layak. Pelan ini ditawarkan kepada pelanggan Agrobank yang terjejas akibat banjir di Selangor, Pahang, Terengganu, Kelantan dan negeri-negeri lain di seluruh negara. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, pihaknya memahami kesukaran pelanggan yang terkesan akibat banjir baru- baru ini. “Agrobank proaktif dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya