AEON BiG sasar jadi lebih menyeluruh

AEON BiG sasar jadi lebih menyeluruh

Sheikh Farouk Sheikh Mohamed (dua dari kiri), Pengarah Urusan Original Classic, Dato Y’K Chin dan Ketua Eksekutif Original Classic, Chin Yun Hsin (dua dari kanan) merasmikan majlis pembukaan Original Classic cawangan Wangsa Maju hari ini.– UTUSAN/M FIRDAUS M JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: AEON BiG Sdn. Bhd. (AEON BiG) tampil lebih menyeluruh apabila menambahbaik perkhidmatannya dengan menjadikan pasar raya itu sebagai pusat sehenti bermula tahun ini.

Pengarah Urusannya, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed berkata,  AEON BiG lebih memfokuskan untuk membaikpulih dan menyelenggara kemudahan fasiliti pasar raya untuk kegunaan pelanggan pada tahun lalu.

“Berbeza untuk tahun ini, kita menyasarkan untuk mengimbangi pasar raya dari aspek perkhidmatan pelanggan, makanan dan minuman dan juga sukan supaya tempat kita menjadi pusat sehenti untuk semua.

“Saya berharap AEON BiG bakal menjadi satu destinasi kepada pelanggan, bukan sahaja untuk mendapatkan keperluan barangan dapur, malah sebagai tempat mendapatkan alatan sukan,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Original Classic di Aeon Big Wangsa Maju di sini.

Sementara itu, beliau menyasarkan pertumbuhan satu digit bagi jualan dan pendapatan  pada tahun ini, didorong oleh peningkatan Jualan Rahmah dan inisiatif lain untuk membantu rakyat seperti saranan kerajaan.

Menurutnya, sasaran pertumbuhan satu digit tersebut adalah sejajar dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Bagi mencapai sasaran itu, banyak kerjasama dan kolaborasi yang bakal diadakan bersama rakan strategik.

“Berbeza dengan peruncit yang lain, AEON BiG sentiasa mengimpikan untuk menjadi lebih unik dan lain dari yang lain dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan,” ujarnya.

Tambahnya, AEON BiG juga akan lebih giat dalam melaksanakan inisiatif yang disaran pihak kerajaan seperti Jualan Rahmah, promosi sempena festival contohnya Tahun Baru Cina, Hari Raya dan pelbagai lagi.

Mengulas lanjut mengenai kerjasama AEON BiG dengan Original Classic, Sheikh Farouk berkata, kerjasama tersebut merupakan satu permulaan yang baik untuk 2024 dalam usaha untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

“Syarikat merancang untuk menjalin lebih banyak lagi kerjasama dengan Original Classic. Pada tahun 2023, kerjasama melibatkan empat cawangan dan kami merancang untuk tambah empat lagi pada tahun ini,” jelasnya.

Menurut beliau, AEON BiG menyasarkan untuk melakukan pelbagai lagi kerjasama terutama dalam bidang sukan bersama pihak kerajaan dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya