Sedia kaji semula Dasar Perumahan Negeri Sembilan

Sedia kaji semula Dasar Perumahan Negeri Sembilan

J. Arul Kumar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kerajaan Negeri Sembilan akan mengkaji semula Dasar Perumahan Negeri Sembilan bagi memastikan dasar tersebut relevan dengan keperluan semasa.

Dasar tersebut dijangka akan diputuskan awal tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J. Arul Kumar berkata, dasar tersebut akan ditambah baik selepas 10 tahun sejak 2018.

“Pada tahun depan, Dasar Perumahan Negeri Sembilan ini akan ditambah baik kerana (dasar) ini sudah memasuki usia 10 tahun. Kajian semula dan penilaian perlu bagi membolehkan dasar ini dilihat semula sama ada ia masih relevan atau tidak.

“Kita sedang dalam usaha berbincang dengan semua pemegang taruh untuk menambah baik dasar perumahan ini. Kita tidak mahu bergantung lagi pada dasar yang lama,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia ini di pejabatnya baru-baru ini.

Menurutnya, dasar perumahan yang akan diumumkan kelak adalah satu impak jangka panjang bagi perumahan di negeri ini.

“Kita bersedia bersama pihak yang berkepentingan termasuk pemaju, agensi kerajaan dan masyarakat untuk membincangkan hal ini,” katanya.

Tambah Arul Kumar, terdapat beberapa faktor yang turut diambil kira termasuk harga, material bahan binaan, trend dan kemudahan awam yang dijangka akan dilihat dalam dasar terbabit.

Jelas beliau lagi, Dasar Perumahan Negeri Sembilan tersebut juga akan mendapat manfaat daripada pelbagai pihak.

“Contohnya dari segi pendapatan isi rumah RM3,500 diletakkan pada tahun 2015 pada ketika itu gaji minimum adalah RM900 dan sekarang RM1,500. Jika suami isteri bekerja dalam satu rumah dan elaun berkemungkinan rumah berharga RM400,000 dengan dasar baharu kita tidak layak.

“Perkara ini akan diambil kira,” katanya.

Dalam Dasar Perumahan Negeri Sembilan sedia ada adalah kepada perumahan kos rendah dan kuota bumiputera.

Pada masa ini, setiap pembangunan perumahan perlu memperuntukkan pembinaan perumahan harga rendah dan kuota bumiputera.

Pelaksanaan dasar-dasar semasa yang berkaitan perumahan harga rendah oleh pihak swasta adalah seperti berikut pembangunan melebihi 5 Ekar, 30 peratus pembinaan rumah kos rendah dalam sesuatu pembangunan perumahan.

Pembangunan Kurang 5 Ekar, 10 peratus pembinaan rumah kos rendah dengan harga RM35,000 hingga RM40,000 (tertakluk kepada mukim atau daerah).

Selain itu, jenis keluasan adalah rumah pangsa minimum 750 kaki per segi dan rumah Teres 20’ kali 60’.

Dalam pada itu, bagi kuota bumiputera pula, pembangunan melebihi 5 Ekar, 30 peratus perumahan diperuntukkan sebagai kuota bumiputera.

Pembangunan Kurang 5 Ekar 10 peratus perumahan diperuntukkan sebagai kuota bumiputera.

Terdapat diskaun harga 10 peratus di Lot Rizab manakala, bagi lot biasa tiada sebarang diskaun.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya