Petronas unjur lebih banyak kerjasama dengan pembekal OGSE 

Petronas unjur lebih banyak kerjasama dengan pembekal OGSE 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Petronas mengunjurkan lebih banyak kerjasama dengan pembekal perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) untuk memastikan permintaan tenaga dipenuhi sambil meningkatkan inisiatif tenaga bersihnya.

Menurut Tinjauan Aktiviti 2024-2026 Petronas, dalam tempoh tiga tahun akan datang, syarikat komited kepada sasaran jangka panjangnya untuk mengekalkan dan mengembangkan pengeluaran minyak dan gas Malaysia.

Petronas berkata, komitmen ini dijangka membuka peluang kepada penyedia OGSE merentasi aktiviti penerokaan, pembangunan, pengeluaran dan penyahtauliahan.

Naib Presiden Perolehan Kumpulannya, Freida Amat berkata, industri harus bersiap sedia ke arah menyesuaikan diri dengan peralihan tenaga, seperti beralih ke arah usaha rendah karbon, menuju pelepasan sifar bersih dan meneroka sumber tenaga boleh diperbaharui.

“Melalui pengalaman, pandangan dan pengetahuan merentas industri, kami percaya penciptaan bersama dapat meningkatkan kemahiran dan keupayaan kami, yang akan melakarkan sempadan baharu untuk industri OGSE,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Menurutnya, dalam memenuhi permintaan tenaga untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi, Petronas menyedari hakikat bahawa tenaga perlu dihantar dengan cara yang berpatutan dan mampan.

“Cabarannya terletak pada menghasilkan lebih banyak tong minyak pada kos dan pelepasan yang serendah mungkin.

“Dengan menggariskan aktiviti yang diramalkan untuk tahun-tahun akan datang, cabaran dan peluang boleh memupuk ekosistem OGSE yang lebih kukuh untuk mengharungi trilema tenaga ini bersama-sama,” ujarnya.

Petronas memberitahu, bagi memaksimumkan kecekapan pengeluaran dan kemampanan bekalan minyak dan gas, purata kira-kira 300 Rancangan Penambahbaikan Fasiliti (FIP) akan dilaksanakan setiap tahun untuk tiga tahun akan datang.

“Ini termasuk projek peremajaan, aktiviti penukaran turbin gas dan penjana gas serta kerja penyelenggaraan utama lain yang penting dalam menghapuskan kesesakan, memaksimumkan kapasiti hab dan mengekang aktiviti pembakaran di kemudahan darat baharu.

“Aktiviti penyahtauliahan juga akan dijalankan untuk kira-kira 150 aset matang untuk memulihkan kawasan tersebut kepada keadaan yang selamat dan stabil dari segi alam sekitar manakala aset yang tidak digunakan akan dinilai untuk potensi untuk digunakan semula,” jelasnya,

Sementara itu, perniagaan hiliran semakin berkembang menjadi inisiatif tenaga yang lebih bersih, menerokai biofuel dengan pembangunan berterusan kilang penapisan bio dan pemprosesan bersama lapangan hijau yang akan dimulakan pada 2026. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya